
Penyelidik dari Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) mengumumkan kejayaan mereka mengubah sel kanser kembali menjadi sel normal. Penemuan mereka ini membuka peluang kepada rawatan baharu yang hanya memusnahkan sel kanser sahaja dalam tubuh pesakit.
Rawatan radioterapi yang digunakan sekarang memusnahkan sel normal dan kanser. Penyelidik di KAIST menemukan molekul MYB, HDAC2 dan FOXA2 yang berfungsi sebagai pengawal selia induk proses pembezaan sel dinding usus. Apabila ketiga-tiga molekul ini dihalang pada sel kanser usus, ia berubah semula menjadi sel normal tanpa mendatangkan impak pada sel normal di persekitaran.
Pada waktu ini ujian hanya dilakukan secara digital, eksperimen di tahap molekul dan tikus makmal sahaja. Lebih banyak ujian perlu dijalankan sebelum ia boleh dilakukan pada manusia. Penyelidik akan melakukan lebih banyak kajian dengan harap teknik halangan molekul pengawal selia induk turut boleh digunakan pada kanser di bahagian lain tubuh.
Catat Ulasan