
Pada hari ini, terdapat sejumlah storan berasaskan USB yang mengetengahkan jumlah storan palsu bersaiz besar, namun sebenarnya ia mempunyai storan bersaiz rendah. Sebagai contoh, ia dipasarkan dengan storan 1TB, dan memperlihatkan angka tersebut ketika disambungkan ke komputer. Namun, angka storan sebenar ia mungkin 64GB sahaja. Disebabkan harga yang dijual adalah murah, membuatkan ramai yang mendapatkannya dan menjadi mangsa kepada peranti tiruan ini.
Perkara ini sekaligus membawa kepada masalah lanjutan, seperti dokumen dan fail yang disimpan padanya tidak boleh diakses, dan sejumlah masalah lain. Dalam mengatasi perkara ini, salah satu perisian percuma yang ditawarkan untuk pengguna Windows adalah ValiDrive – bagi memudahkan anda melakukan semakan terlebih dahulu, sebelum menggunakannya dalam menyimpan fail dan dokumen.
ValiDrive akan melakukan imbasan kepada storan USB anda, dan memperlihatkan bahagian yang telah disahkan, mempunyai masalah, dan juga sekiranya tiada storan.

Catat Ulasan