
Hari itu bermula seperti biasa sehinggalah panggilan kecemasan masuk ke balai bomba tepat jam l petang. Suaranya tergesa-gesa, seorang lelaki melaporkan bahawa bapanya lemas di sebuah tasik terpencil yang jorang dikunjungi. Aku dan pasukan segera ke lokasi dengan harapan doapat menyelamatkan mangsa atau setidaknya membawa jasadnya pulang untuk keluarga. Namun, sebaik tiba di tasik itu, ada sesuatu yang membuatkan aku tidak sedap hati. Tasik itu terasa sunyi walaupun orang ramai. Hutan di sekelilingnya bagaikan melindungi rahsia besar.
Permukaan airnya gelap, tidak memantulkan bayangan langit. Kami segera memulakan pencarian. Aku turun ke dasar tasik, menyisir kawasan yang dilaporkan tetapi dasar tasik terasa aneh, licin seperti dilitupi lapisan lumpur. Beberapa kali aku merasakan sesuatu menyentuh kakiku tetapi setiap kali aku berpaling, tiada apa di sana. Aku cuba mengabaikan perasaan itu dan terus mencari tetapi hatiku mulai dipenuhi ketakutan yang tidak dapat dijelaskan.Tiga hari kami mencari tanpa hasil. Pasukan kami telah menggunakan peralatan tercanggih untuk menyisir tasik, namun tiada tanda jasad lelaki tua itu.
Setiap malam, suasana di tasik semakin menyeramkan. Pada malam kedua, ketika aku duduk di tepi
tasik untuk berehat, aku mendengar sesuatu yang membuatkan darahku berderau. Ada suara ketawa kecil, halus dan bergema tetapi ketika aku menoleh ke belakang, tiada sesiapa di sana. Aku mula yakin ada sesuatu yang tidak normal berlaku di sini. Pada hari ketiga, seorang ustaz dipanggil atas desakan penduduk setempat yang percaya ada unsur mistik. Ustaz itu memeriksa kawasan tasik dengan teliti, kemudian mengarahkan kami untuk menunggu sehingga selepas Maghrib. Ketika langit mulai gelap, ustaz
melaungkan azan di sekitar tasik. Pada azan ketiga, aku melihat sesuatu yang membuatkan bulu romaku meremang.
Permukaan tasik yang tadinya tenang mula berkocak. Dari kejauhan, mayat lelaki tua itu perlahan-lahan timbul ke permukaan. Dalam perjalanan pulang ke hospital, ustaz memberi arahan yang
membuatkan aku gelisah. "Mayat ini tidak boleh terus dibawa ke hospital. Kita perlu bawa ke pejabat dulu & pastikan semua pintu serta tingkap dikunci rapat. Tiada siapa yang dibenarkan tidur malam ini" katanya dengan nada tegas. Aku tidak berani bertanya kenapa tetapi arahan itu terasa lebih seperti amaran.
Di dalam kenderaan, bau busuk yang menyengat menusuk hidungku. Sepanjang perjalanan, aku merasakan sesuatu yang tidak terlihat sedang mengikut kami, seolah ada mata memerhati. Setibanya di pejabat, aku memastikan semua pintu & tingkap dikunci seperti diminta. Mayat lelaki tua itu dibaringkan di tengah pejabat & kami berkumpul di sekelilingnya. Malam itu, keadaan menjadi lebih menyeramkan.
Suara aneh mula kedengaran, bunyi hilaian wanita, cakaran pada pintu & jeritan kecil yang datang entah dari mana. Angin di luar kedengaran kencang namun apabila dilihat di tingkap, tiada sebarang pergerakan pada pokok disekeliling bangunan.Ustaz meminta kami membaca Surah Yassin tanpa henti hingga Subuh. Aku memegang Al-Quran dengan tangan yang menggigil, cuba fokus membaca ayat-ayat suci sambil mengabaikan suara- suara menyeramkan di sekeliling. Seorang anggota kami hampir tertidur tetapi tiba-tiba melompat dengan wajah pucat.
Dia mendakwa merasakan sesuatu menarik kakinya dari bawah meja. Aku sendiri hampir hilang akal apabila mendengar bisikan yang jelas di telingaku. "Lepaskan aku..." suara itu berkata, perlahan &
menyeramkan. Aku tidak berani menoleh ke arah mayat lelaki tua itu tetapi aku tahu mata itu masih terbuka, memerhatikan kami dengan senyuman yang kaku. Ustaz terus berzikir dengan tenang tetapi sesekali aku melihat wajahnya, ada ketakutan yang jelas di Sana. Suara-suara itu semakin kuat menjelang waktu Subuh, seolah-olah sesuatu sedang berusaha masuk ke dalam bangunan. Hanya selepas azan Subuh berkumandang, semuanya menjadi sunyi. Angin berhenti bertiup & bunyi cakaran hilang.
Selepas Subuh, mayat itu akhirnya dibawa ke hospital. Sepanjang perjalanan, ustaz yang duduk di sebelahku menceritakan sesuatu yang membuatkan aku seakan lumpuh dalam ketakutan. "Lelaki tua ini adalah pengamal ilmu hitam. Selama tiga hari ini, makhluk itu cuba menghalang jasadnya dari ditemui, kerana ia tidak mahu lelaki ini dikebumikan" jelas ustaz. Setelah tiba di hospital, mayat lelaki tua itu segera diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diuruskan tetapi bagiku, peristiwa itu tidak berakhir di situ.
Malam- malam berikutnya, aku sering terjaga dari tidurku dalam keadaan gelisah dengan badan yang berpeluh-peluh, terasa seperti ada sesuatu yang memerhatikanku dalam gelap. Kadangkala, aku tercium bau busuk yang sama seperti di tasik & setiap kali itu terjadi, aku teringatkan wajah lelaki tua itu, senyumannya yang kaku dan matanya yang tidak terpejam. Aku mendapatkan rawatan islam dan aku diberitahu, ada mahkluk yang cuba mendampingiku, tetapipengamal perubatan itu telah buang ia jauh dariku.
Catat Ulasan