Misteri Poket Kecil Jeans


Fungsi poket kecil pada bahagian hadapan seluar jeans adalah untuk menyimpan jam poket.

Ia dijahit  di atas poket utama dan terdapat pada seluar jeans pertama yang dihasilkan pada 1873. 

Pelbagai ‘teori’ melucukan dikemukakan di media sosial tentang kegunaan poket kecil itu.

Ada netizen menyatakan bahawa kegunaannya adalah untuk menyimpan pemetik api, meletakkan batu atau ibu jari. 

Namun, ahli sejarah jeans Levi Strauss & Co, Tracey Panek akhirnya mendedahkan  baru-baru ini bahawa poket kecil itu mempunyai kegunaan sangat khusus pada abad ke-19 iaitu menyimpan jam si pemakainya.

“Sepasang jeans tertua dalam Arkib Levi Strauss & Co. (dari 1879) adalah termasuk poket jam,” katanya. 
 

0/komen