Panjat Tali Kapal Demi Sara Anak


Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup memanjat kapal dengan tali untuk menjual roti demi menyara anaknya.

Kejadian dirakam di Pelabuhan Soekarno Hatta Makassar, wilayah Sulawesi Selatan. 

Menerusi rakaman ini memaparkan wanita bernama Mariama, 32, berpaut sambil menyepit kedua kakinya pada tali untuk memanjat ke kapal. 


Dia bertindak sedemikian untuk menjual roti kepada penumpang demi menyara kehidupan lima orang anaknya. 

“Saya ada lima orang anak. Tiga masih bersekolah, manakala dua lagi sudah berhenti." 

“Saya sering memanjat kapal untuk mencari wang. Demi anak-anak, saya berani meskipun risikonya besar,” kata Mariama. 

Tambahnya, dia memperoleh kira-kira 100,000 ribu dalam sehari. 

komen