Penduduk ‘Berjemaah’ Kebas Telur Ayam


Berpuluh-puluh penduduk mengambil telur ayam yang jatuh daripada sebuah lori terbalik di Labuhanbatu Selatan, wilayah Sumatera Utara 

Kemalangan melibatkan lori membawa telur itu berlaku di Desa Aek Batu, daerah Torgamba pada 2 Mac lalu. 

Menerusi video ini  memaparkan orang ramai berpusu-pusu mengambil telur yang berterabur  di atas jalan. 


Ada yang meletakkan telur-telur itu di dalam plastik dan baldi yang dibawa dari rumah. 

Lebih menyayat hati, pemandu lori tersebut mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian. 

Perbuatan itu mengundang kecaman netizen. Mereka menuduh penduduk setempat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan nasib pemandu lori tersebut. 

Jijik melihat sikap warga setempat,Sikap orang miskin dan miskin adab.

komen