
Angin malam menyentuh kulitku seperti tangan halus yang dingin, membuat aku memeluk tubuh kecilku erat-erat di belakang basikal ayah. Roda basikal tua itu berderak-derak, seakan-akan hampir patah setiap kali melintasi jalan berbatu. Di kiri dan kanan jalan, pohon-pohon besar berdiri seperti penjaga gelap, bayang-bayangnya memanjang dan bergetar dalam cahaya rembulan yang samar.
Ayahku, Pakcik Din, mengayuh perlahan tanpa menghiraukan sunyi sekeliling tetapi aku dapat merasakan keheningan itu bukan sekadar biasa. Ketika kami melewati kawasan perkuburan lslam yang terletak di tengah perjalanan, tubuhku terasa semakin kaku. Batu-batu nisan yang miring dan terkubur separuh kelihatan seperti wajah-wajah yang mengintip dari tanah & aku melihat sesuatu bergerak di antara nisan itu."Pegang kuat-kuat, Helmy," suara ayah memecah lamunanku.
Aku mengangguk perlahan tetapi dalam hati, aku tidak dapat menghilangkan perasaan seperti ada yang mengikuti kami di belakang.Selepas melalui jalan hutan yang gelap dan sunyi, kami tiba di kebun getah yang dikelilingi deretan pokok-pokok tinggi yang tampak seperti bayangan gelap. Pondok kecil yang menjadi tempat rehat ayahku tengah-tengah kebun, kelihatan tua dan rapuh. Aku melangkah masuk dengan perasaan berat, memerhatikan setiap sudut pondok yang iterangi oleh lampu minyak tanah yang malap. Aroma getah yang kuat menusuk hidungku, menambah suasana tidak selesa.
Ayah membuat kopi panas menggunakan dapur kecil berkarat sementara aku duduk di lantai kayu, menggigil sedikit
kerana kesejukan. Angin bertiup masuk melalui celah-celah dinding, membawa bisikan halus yang terdengar seperti suara kanak-kanak tertawa, walaupun aku tahu tiada siapa di situ kecuali kami berdua. Ayah tidak menunjukkan sebarang reaksi, hanya menyuruhku makan biskut kering untuk mengalas perut. Setelah beberapa ketika, aku akhirnya tertidur, tetapi mimpi buruk yang tidak jelas mula menghantui, membuatkan tidurku tidak tenang.
Åku terbangun apabila terasa bahuku digoncang kuat. Wajah ayah kelihatan pucat, peluh dingin mengalir di dahinya & kakinya berdarah akibat terpijak paku besar. "Helmy, ayah kena balik
sekarang. Tapi sebelum tu, ambilkan pisau di depan pondok. Ada 50 meter je dari sini," katanya dengan suara tegas tetapi bergetar. Dalam keadaan separuh sedar, aku mengangguk dan melangkah keluar dari pondok.
Malam di kebun itu terasa lebih gelap daripada sebelumnya & bunyi daun kering yang aku pijak terdengar terlalu keras memecahkan keheningan. Ketika aku hampir sampai ke tempat pisau itu, aku merasa seperti diperhatikan. Aku berhenti sejenak, menoleh ke kiri dan kanan tetapi tiada apa-apa di situ
kecuali bayangan pohon yang bergoyang perlahan ditiup angin. Ketika aku mendongak untuk mengambil pisau, aku melihat sesuatu yang membuatkan darahku seakan beku, bayangan seseorang berdiri jauh di hadapanku, memandangku dengan mata yang redup dan senyuman tipis di wajahnya.
"Helmy, mari sini,"' suara itu memanggilku. Aku terpaku, kerana suara itu adalah suara ayah tetapi nada suaranya terasa aneh, perlahan
dan seolah-olah bergaung. Aku memandang bayangan itu lebih lama, cuba memastikan apa yang aku lihat. Wajahnya yang kelihatan seperti ayah semakin jelas di bawah cahaya bulan, tetapi gerakannya aneh. Dia seperti tidak bergerak normal, setiap langkahnya seolah-olah meluncur perlahan di atas tanah. Dalam
ketakutan, aku teringat ayah di pondok dan memutuskan untuk berpatah balik.
Namun, baru sahaja aku melangkah beberapa tapak, suara lain memanggil dari arah pondok, lebih kuat dan mendesak, "Helmy! Jangan pergi ke sana! Balik pondok cepat!" Aku tergamam, terperangkap di antara dua suara yang keduanya
mendakwa sebagai ayahku. Tubuhku menggigil & aku tidak tahu siapa yang harus aku percaya. Beyangan di depanku kini semakin mendekat, senyumannya berubah menjadi sesuatu yang lebih menyeramkan, giginya terlalu tajam untuk seorang manusia.
Aku menjerit sekuat hati, lari tanpa arah dan aku hanya mahu keluar
dari situ. Kakiku tersadung akar pokok & jatuh di tengah kebun. Ketika aku membuka mata, aku melihat Pakcik Hisyam, jiran kami yang biasa membantu ayah di kebun. Dia memegang bahuku, bertanya apa yang berlaku. Tanpa berfikir panjang, aku memeluknya erat, terlalu takut untuk menjawab. "Mari ikut Pakcik,
kita balik ke pondok ayah kau," katanya tetapi perasaan ragu-ragu mula merayap dalam hatiku.
Ketika kami berjalan, suara ayah tiba- tiba terdengar dari kejauhan, memanggil dengan nada cemas "Helmy! Jangan ikut dia! Itu bukan Pakcik Hisyam!" Aku memandang ke arah suara itu dan melihat ayah melambai dengan wajah panik.
Tanpa berfikir panjang, aku lari ke arah ayah, meninggalkan Pakcik Hisyam yang kini memandangku dengan senyuman yang perlahan- lahan berubah menjadi seram. Aku dan ayah terus berlari keluar
dari kebun, tidak menoleh ke belakang. Malam itu, aku tahu aku telah melihat sesuatu yang bukan milik dunia ini.
Catat Ulasan