
Penggunaan Indeks Jisim Badan (BMI) bagi mengukur tahap kegemukan dipopularkan ketika dekad 1970an. Menurut indeks ini, sesiapa yang mempunyai bacaan BMI melebihi 30 dikategorikan sebagai obes dan yang melebihi 40 pula dikategorikan sebagai obes Tahap 3 yang dahulunya menggunakan nama lebih menyeramkan iaitu obes morbid.
Tetapi sekumpulan 58 pakar telah menerbitkan laporan dalam The Lancet Diabetes & Endocrinology Journal menggesa bacaan BMI tidak lagi digunakan untuk mengukur tahap obesiti individu. Sebaliknya ia perlu digantikan dengan 18 kriteria diagnostik untuk orang dewasa dan 13 kriteria diagnostik untuk kanak-kanak serta remaja.
Perubahan pertama ialah tidak sekadar mengambil kira tinggi dan berat mereka. Peratusan lemak adalah petanda kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Anda masih lagi sihat walaupun bacaan BMI tinggi kerana badan mempunai otot dan bukannya lemak. Di mana lemak tersimpan juga perlu diambil kira. Sebagai contoh penyimpanan lemak di hati, jantung dan pinggang adalah tidak sihat berbanding di tangan serta kaki.
Pengelasan semula obesiti adalah perlu bagi memastikan rawatan diberikan kepada mereka yang benar-benar perlu bagi memastikan kesihatan jangka panjang mereka terjaga serta mengelakkan masalah di masa hadapan.
Catat Ulasan