
Hati manusia adalah pusat segala tindakan dan keputusan. Jika hati bersih, seluruh kehidupan seseorang akan dipenuhi kebaikan, tetapi jika hati rosak, kehidupan akan penuh kegelapan. Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, ia adalah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun, di zaman penuh ujian ini, hati mudah dikotori oleh dosa, iri hati, cinta dunia, dan lalai terhadap Allah. Akibatnya, manusia kehilangan ketenangan, sering merasa resah, dan jauh dari kebahagiaan sebenar. Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang berbuat dosa.” (Surah Yunus, 10:17)
Bagaimana membersihkan hati agar kembali kepada fitrah? Pertama, bertaubat dengan taubat nasuha. Allah sentiasa membuka pintu rahmat kepada mereka yang kembali kepada-Nya dengan penuh keikhlasan. Kedua, hidupkan hati dengan zikir. Berzikir mampu mendekatkan diri kepada Allah dan menyucikan jiwa. Firman Allah:
“Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, 13:28)

Ketiga, jauhi sifat mazmumah seperti sombong, hasad, dan cinta dunia secara berlebihan. Sebaliknya, hiasilah hati dengan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, ikhlas, dan tawakal.
Doakanlah hati yang bersih setiap hari:

"Ya Allah, sucikanlah hatiku dan jadikan aku dari kalangan orang-orang yang ikhlas."
Semoga kita sentiasa menjaga kebersihan hati agar jiwa sentiasa tenang dan hidup dipenuhi keberkatan.
Catat Ulasan