
Insta360 Flow 2 Pro ialah gimbal telefon pintar dikuasai AI yang berfungsi sebagai penjejakan automatik. Ini dipadankan dengan Deep Track 4.0 yang membolehkan penjejakan subjek yang lebih baik berbanding model sebelum. Selain itu menggunakan penstabilan tiga paksi untuk rakaman video yang stabil tidak kira bagaimana pengguna bergerak.
Melalui ciri 360° Infinite Pan Tracking, Flow 2 Pro boleh digerakkan 360 darjah tanpa gangguan dan mampu mengekalkan subjek dalam bingkai dengan sebaiknya. Terdapat juga fungsi Pro Framing Grid untuk tangkapan yang kelihatan lebih baik menggunakan nisbah bersesuaian. Manakala Free Tilt Mode pula bantu meningkatkan pengalaman merakam yang lebih kreatif.

Sama seperti model sebelum ini, Flow 2 Pro turut direka khusus untuk iPhone yang menyokong integrasi DockKit dan lebih 200 aplikasi pihak ketiga yang lain. Rekaan juga dilihat padat dan ringan sama seperti gimbal telefon pintar yang lain. Bateri disediakan mampu berfungsi selama 10 jam. Flow Pro2 dijual di Malaysia bermula RM759 (Standard Bundle) dan RM899 (Creator Bundle).
Catat Ulasan