Moto G (2025) Dan Moto G Power (2025) Dilancarkan


Motorola mengemaskini rangkaian peranti tahun ini dengan memperkenalkan Moto G (2025) dan Moto G Power (2025). Kedua-duanya membawakan spesifikasi yang dikemaskini dengan tumpuan besar pada perkakasan dan ketahanan lebih baik.


Moto G (2025), ia dilengkapi skrin sebesar 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz. Kecerahan puncak mencapai 1000nits disediakan juga sepatutnya menjanjikan pengalaman tontonan yang baik dalam pelbagai situasi. Selain itu dijana dengan cip Dimensity 6300 bermakna mempunyai sokongan 5G terbina. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui sistem pengecasan berwayar 30W. Persediaan kamera pula meliputi sensor utama 50MP dan makro 2MP bersama kamera hadapan 16MP. Peranti juga melepasi penarafan IP52 untuk memberikan pengguna sebuah telefon pintar yang tahan terhadap percikan air.



Moto G Power (2025) menggunakan skrin lebih besar bersaiz 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1000nits. Ia juga dijana dengan cip Dimensity 6300 tetapi dengan padanan memori 8GB RAM dan sekurang-kurangnya storan 128GB yang lebih besar. Bateri 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 30W dan nirwayar 15W turut disediakan. Sistem kamera terdiri denga 50MP + 8MP di belakang dan swafoto 16MP di hadapan. Penambahbaikan ketara tahun ini adalah kalis air IP68/69 yang turut menjadi perhatian banyak pengeluar lain di pasaran kini.

Moto G (2025) akan tersedia bermula pada 30 Januari pada harga USD $199 (4/128GB) (~RM896) manakala Moto G Power 2025 pula berharga USD $299.99 (8/128GB) (~RM1,351) sebuah.

0/komen