Nubia Flip 2 Dilancarkan



Nubia telah melancarkan telefon boleh katup kedua yang dikenali sebagai Flip 2. Peranti menerima peningkatan ketara menerusi skrin luar lebih besar, kemampuan kalis air dan cip pemproses baharu menjadikan ia bertambah baik berbanding model sebelum.

Nubia Flip 2 menggunakan skrin 6.9-inci AMOLED FHD+ yang boleh dilipat dua. Sementara itu, skrin luar bersaiz 3-inci lebih besar berbanding 1.43-inci pada Nubia Flip. Kemudian membolehkan lebih banyak notifikasi diakses tetapi Nubia tidak pula mendedahkan jenis aplikasi yang disokong. Menguasai peranti adalah cip Mediatek Dimensity 7300X yang disesuaikan untuk sokongan dwi-paparan. Ini dipadankan dengan memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4300mAh.


Ia juga dilengkapi kamera utama 50 MP + 2 MP (kedalaman) di samping swafoto 32MP. Halaman rasmi turut menunjukkan peranti dibekalkan ciri AI Reply yang boleh membalas mesej dengan pantas secara pintar. Selain itu melepasi kalis air IPX2 dan IP4X sebagai pelengkap. Harga jualan ialah JPY 64,080 (~RM1,837) sebuah.

0/komen