Siri Realme 14 Pro Dilancarkan

Siri Realme 14 Pro akhirnya dilancarkan di peringkat global bermula di India terlebih dahulu. Terdapat dua pilihan model disediakan perbezaan yang kecil untuk perkakasan dalaman. Sementara itu rekaan pula mempunyai DNA yang sama seperti beberapa model sebelum ini.



Secara realitinya, Realme 14 Pro+ mempunyai spesifikasi yang sama seperti model di China. Skrin OLED 1.5K menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3, memori 8GB/12GB RAM dan storan128/256GB. Realme UI 6.0 (berasaskan Android 15) juga digunakan dengan pelbagai ciri AI seperti AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0 dan AI Livephoto.

Sistem kamera terdiri dengan 50MP Sony IMX882 (periskop) + 50MP Sony IMX896 OIS (utama) + 8MP (ultra-lebar) di belakang dan swafoto sebesar 32MP. Kamera juga menyokong tiga LED Flash berguna untuk penggambaran dalam keadaan malap.

Turut diberi fokus ialah fungsi Underwater Photography Mode seperti yang ditawarkan pada siri Oppo Reno13. Bateri pula sebesar 6,000mAh dan boleh dicas melalui pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Pembesar suara stereo dan penarafan kalis air IP66/68/69 turut diberikan sebagai pelengkap.

Kemasan peranti ini menampilkan teknologi yang boleh berubah warna mengikut suhu. Panel belakangnya direka dengan kerjasama studio Valeur Designers yang boleh berubah warna diantara putih mutiara kepada biru terang apabila suhu di bawah 16°C.

Realme mengatakan bahawa lebih sejuk suhu maka lebih cepat kemasan itu akan berubah malahan boleh mencipta corak yang menarik. Teknologi berkenaan menggunakan pigmen termokromik canggih bagi menambah elemen unik pada peranti.

Realme 14 Pro dilengkapi skrin OLED 2392×1080 (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip Dimensity 7300 Energy, memori 8GB/12GB, storan 128G/256GB dan perisian RealmeUI 6.0 berasaskan Android 15. Ia juga mempunyai kamera utama 50MP Sony IMX882 OIS + Monochrome yang diikuti dengan swafoto 16MP. Bateri pula sebesar 6,000mAh dan boleh dicas menerusi sistem pengecasan pantas 45W SUPERVOOC.

0/komen