Tecno Megapad 11 Di Malaysia


Tecno meluaskan penawaran tabletnya iaitu Megapad 11 ke pasaran Malaysia. Ia mempunyai beberapa ciri minimum yang diperlukan untuk produktiviti asas dan hiburan. Selain itu kapasiti bateri besar yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Harga jualan rasmi adalah RM899 (LTE + WiFi) dengan pemberian kerangka pelindung dan papan kekunci percuma untuk setiap pembelian.

Tecno Megapad 11 menggunakan panel LCD 11-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dikuasai oleh cip Mediatek Helio G99 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu mempunyai kamera utama 13MP di belakang dan kamera swafoto 8MP pada bahagian hadapan. Bateri 8,000mAh disertakan pula menyokong sistem pengecasan 18W di samping menyediakan empat pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos.
 

0/komen