
WhatsApp Messenger sedia menawarkan kemudahan memberikan emoji reaksi kepada sesuatu mesej sejak sebelum ini. Namun, ia boleh dikatakan agak sukar, dan pengguna perlu tap seketika sehingga tetingkap emoji hadir sebelum memilih emoji yang ingin ditekan.
Terbaru, WhatsApp memudahkan lagi proses berkenaan, dengan hanya perlu dwi-tap pada sesuatu mesej sahaja. Melalui kemaskini terbaru WhatsApp Messenger, pengguna hanya perlu dwi-tap pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
Secara tidak langsung, proses ini lebih memudahkan pengguna, berbanding perlu tap sesuatu mesej untuk seketika.
Catat Ulasan