Anak Gajah Mati Dilanggar Lori


Seekor gajah betina cuba ‘menolak’ sebuah lori yang dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini kelmarin, mengundang reaksi sebak orang ramai.

Video ini menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam di mana seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan tersebut.

Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar pukul 2 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pengguna jalan raya perlu memandu dengan berhati-hati ketika menggunakan laluan di kawasan berkenaan.



Tolong bawa dengan cermat di laluan ini, mereka juga ada hak untuk di lindungi. Tindakan ibu gajah yang cuba menolak lori itu diumpamakan sebagai kasih sayang seorang ibu.

Itulah hati sorang ibu. Walaupun dia binatang tapi hati ibu tetap sama seperti manusia.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.30 pagi.

Katanya, kejadian membabitkan seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun yang mati selepas dipercayai dilanggar sebuah lori ketika melintas jalan.

“Kakitangan Perhilitan telah ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan. Operasi sedang dijalankan bagi menangkap ibu gajah terlebih dahulu untuk dialihkan dari lokasi kejadian. Karkas anak gajah yang dibawa keluar dari bawah lori itu akan dilupuskan dengan kaedah tanam,” katanya

0/komen