Dilanggar Lari Dengan Kenderaan Pikap


Pasangan suami isteri yang sedang menaiki motosikal dilanggar lari oleh satu kenderaan pikap dalam kejadian menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur,kelmarin.

Menerusi video ini, pada mulanya kelihatan pasangan tersebut sedang menaiki motosikal di lorong pertama menghala ke plaza tol berkenaan.

Secara tiba-tiba datang sebuah pikap jenis Nissan Navara telah masuk ke lorong yang sedang dilalui motosikal itu, tanpa memberikan isyarat.

Tindakan pemandu tersebut menyebab pikap dipandunya melanggar motosikal itu dan kedua-dua pasangan suami isteri tersebut terjatuh memasuki lorong kecemasan, manakala pemandu pikap terus meninggalkan mangsa.


Penunggang motosikal iaitu si suami kemudian bangun dan bergerak perlahan ke arah isterinya yang masih terbaring di atas jalan.

Dalam masa sama, kelihatan dua individu yang menaiki motosikal lain turut berhenti di tepi jalan bagi memberikan bantuan.

Insiden tersebut mengundang kemarahan orang ramai dan mereka kemudian turut mencari pemilik pikap itu di media sosial serta menularkan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

Cari sampai dapat dan dakwa di atas kecuaian yang boleh menyebabkan orang tidak bersalah hilang nyawa.

Jangan lupa saman ‘kaw-kaw’. Jangan bagi muka langsung,.

Semoga dipermudah segala urusan rawatannya dan cepat sihat.

Aku doa supaya yang melanggar dapat balasan setimpal daripada Allah di dunia dan akhirat.

0/komen