
Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai kerana menghampiri seekor gajah liar sambil menghunus sebilah pisau.
Kejadian itu dirakam di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nakhon Nayok, baru–baru ini.
Rakaman ini menunjukkan dia menghampiri gajah jantan itu sambil memegang pisau pada tangan kiri.
Dia kemudian cuba menyentuh haiwan itu tetapi gagal.
Suspek dikenal pasti sebagai seorang askar berusia 30 tahun dan memiliki masalah mental.
“Usaha menangkapnya sedang dilakukan. Suspek dipercayai bersembunyi di taman negara tersebut” kata pihak berkuasa.
Catat Ulasan