
Fujifilm telah melancarkan kamera filem baharu Instax Wide Evo, dan ia sejenis hibrid yang bermaksud boleh berfungsi sebagai pencetak. Melalui Instax Wide Evo, pengguna boleh merakam gambar lebar, atau sudut lebar yang bagus untuk menangkap lebih banyak butiran dan memperluaskan perspektif.

Fujifilm menggunakan sensor 16MP yang dipadankan dengan lensa 16mm f/.4 untuk penghasilan imej berkualiti tinggi bersama jarak fokus minimum 10cm. Ia juga menawarkan 100 pilihan rakaman dengan kesan khas tersendiri melalui gabungan 10 penuras dan 10 mod lensa yang berbeza. Selain itu mempunyai fungsi Degree Control dan Film Style Framing untuk pengalaman penggunaan yang lebih pelbagai.
Dengan menyambungkan Instax Wide Evo ke iPhone atau peranti Android pula membolehkan pengguna memindahkan imej dari kamera dengan mudah. Selain turut membenarkan pengguna berkongsi penuras menarik masing-masing dengan yang lain. Skrin LCD 3.5″ disediakan bagi memudahkan pengguna menetapkan arah rakaman, mengurus tetapan dan melihat semula tangkapan imej pada bila-bila masa.

Ia turut disokong oleh bateri terbina yang membolehkan kamera ini mencetak sehingga 100 imej dengan sekali pengecasan. Slot kad MicroSD disediakan juga memastikan terdapatnya ruang untuk simpanan imej tambahan tetapi kad microSD dijual secara berasingan. Harga jualan rasmi adalah £319.99 (~RM1,752) dengan ketersediaan pembelian mulai 4 Februari 2025 yang lalu.
Catat Ulasan