
Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila menemukan ular menyerupai kayu di sebuah pantai dalam negeri Maryland, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian berlaku di Pantai Ocean City kelmarin.
Rakaman video ini menunjukkan ular berwarna hitam itu melingkar di atas pasir.
Seorang pengunjung bernama Roxane Flanagen berkata, anak perempuannya cuba memegang reptilia berkenaan yang dianggap batang kayu.
Jabatan Sumber Asli Maryland mengesahkan bahawa reptilia itu adalah sejenis ular ‘hog-nosed’ yang tidak berbisa dan berkelakukan aneh.
“Ular itu sering melebarkan leher seperti ular tedung lalu berguling sebelum berpura-pura mati sambil mengeluarkan lidah,” kata jabatan tersebut.
Catat Ulasan