
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk berbincang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai hak polis memeriksa telefon bimbit orang awam.
Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan bahawa pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menyemak telefon bimbit milik orang awam kecuali ada asas untuk berbuat demikian. Selain itu pihaknya mahu isu berkenaan difahami dengan lebih tepat dan mengikut prosedur keselamatan yang sepatutnya. Hal berkenaan adalah sangat penting bagi mengelakkan daripada berlaku hal yang boleh menimbulkan pelanggaran daripada aspek hak asasi manusia.
SUHAKAM dalam satu kenyataan turut mengingatkan orang ramai untuk peka dengan hak asasi masing-masing terutamanya jika peranti diperiksa tanpa alasan munasabah. Meraka boleh membuat laporan tetapi perlu disertakan denga tempat kejadian, nama serta nombor pengenalan pada pakaian seragam pegawai terlibat.
SUHAKAM turut menyatakan kebimbangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan KPN sebelum ini. Justeru pertemuan dua hala diantara KPN dan SUHAKAM diyakini mampu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Orang ramai juga disarankan untuk membaca buku yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Malaysia bertajuk “Polis dan Hak Asasi Anda” sebagai panduan.
Catat Ulasan