
REDMAGIC 10 Pro telah pun dilancarkan pada November tahun 2024. Ia adalah peranti gaming pertama di pasaran global dengan cip Snapdragon 8 Elite, sehari sebelum siri ASUS ROG Phone 9 dilancarkan. Peranti ini turut kekal dengan rekaan skrin rata bebas takuk, lubang kamera dan menggunakan bezel nipis. Kini selepas dua bulan, set rasmi Malaysia diperkenalkan.

Set rasmi Malaysia sama sahaja dengan set global. Ia hadir dengan skrin 6.853″ OLED BOE Q9+ FHD+, menyokong kadar segar semula 144Hz dan dilindungi dengan kaca Gorilla Glass. Cip Snapdragon 8 Elite digunakan yang dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR5X Ultra dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.1 Pro. REDMAGIC 10 Pro turut mempunyai cip gaming RedCore 3.

Sistem penyejukan dengan kipas fizikal turut masih diteruskan, cuma kini mereka menggunakan teknologi ICE-X Magic dengan 58 bilah berbentuk sirip jerung yang berpusing pada kadar 3,000 RPM. Untuk kamera, REDMAGIC 10 Pro menggunakan konfigurasi 50MP+50MP+2MP dengan sensor utama OmniVision OV50E dan OIS. Sayang sekali kamera swafoto masih menggunakan sensor sama sejak dua tahun lepas iaitu 16MP UDC 2.0.
Bateri peranti adalah 7050mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W. Menggunakan sambungan USB-C 3.2, masih menawarkan butang bahu untuk kawalan permainan, suis khas untuk tukar ke mod gaming, sistem lampu RGB, sistem sekuriti imbasan cap jari bawah skrin dan sistem speaker stereo Dual 1115K. Bicu audio 3.5mm pun masih boleh ditemui pada peranti ini.

REDMAGIC 10 Pro menjalankan REDMAGIC OS 10 dengan sokongan kemas kini sekurang-kurangnya 2 tahun. Harga jualan adalah bermula RM3,899 RM3,499 untuk 12/256 GB dan RM4,399 untuk 16/512 GB. Sempena pelancaran di Malaysia, pembeli dapat potongan harga sehingga RM500 dan juga kipas penyejuk REDMAGIC Cooler 5 Pro yang bernilai RM249.
Catat Ulasan