Terang-Terang Langgar Lampu Isyarat


Sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat telah merempuh seorang penunggang motosikal sehingga tercampak di persimpangan menuju ke arah Kampung Bakar Batu di Johor, kelmarin.

Menerusi video ini, kejadian yang berlaku kira kira pukul 7.36 pagi itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan kereta berwarna hitam berkenaan memecut laju sehingga hilang kawalan menyebabkan terjadinya kemalangan terhadap penunggang motosikal tersebut.

Orang yang langgar lampu isyarat harus dikenakan hukuman berat.


Dalam pada itu, ramai turut mengecam tindakan pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat sekali gus menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal tersebut.

Apa salahnya bersedia untuk berhenti bila lampu kuning, tunggu sekejap bila lampu merah. Tak rugi apa pun. Sekarang langgar orang, apa nak kata? Terang-terang langgar lampu isyarat. Harap pak cik tu masih hidup.

Sebab itu bila lampu hijau jangan jalan terus tengok dulu kiri kanan ini yang aku selalu praktikkan, sama juga bila ada yang beri ruang untuk kita masuk simpang terutama lori. Kena hati-hati,.



0/komen