Terkaya Tapi Wariskan Cuma 1 Peratus Harta


Pengasas bersama syarikat Microsoft, Bill Gates mengumumkan akan mendermakan 99 peratus kekayaan beliau pada tahun-tahun akan datang dan hanya meninggalkan satu peratus untuk diri sendiri serta anak-anak.

Modul teknologi itu akan menutup Yayasan Gates menjelang 31 Disember 2045 sekali gus menamatkan projek seumur hidup beliau untuk mengagihkan kekayaan bernilai berbilion-bilion dolar bagi tujuan amal.

Gates mengumumkan akan mengagihkan hampir semua kekayaannya bernilai kira-kira AS$200 billion (RM862 bilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Beliau akan memegang satu peratus daripada jumlah tersebut bersamaan kira-kira AS$1.62 billion (RM7 bilion).

Gates mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Melinda sebelum mereka bercerai.

Anak-anaknya ialah Phoebe, Rory dan Jennifer akan mewarisi baki wang yang dimiliki Gates selepas kematiannya. 
 

0/komen