TNG Memperkenalkan Ciri SOS Balance


Touch’n’Go baru-baru ini telah memperkenalkan ciri SOS Balance yang membolehkan anda untuk membayar yuran tol sekiranya terdapat kecemasan dimana akaun atau kad anda tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Ciri ini sudah boleh dilihat melalui aplikasi TNG eWallet dan untuk mengaktifkannya, pengguna dilihat perlu menggunakan dompet digital TNG eWallet dengan kerap, memasukkan wang kedalam aplikasi tersebut dan sentiasa melunaskan bayaran dalam masa yang ditetapkan.

Apabila aktif, ciri SOS Balance akan membantu anda untuk membayar tol untuk seketika, dimana “hutang” tersebut perlu dibayar semula dalam masa 24 jam selepas pembayaran tol dibuat.



TNG mengatakan bahawa ciri SOS Balance kini boleh digunakan di plaza tol yang menyokong kedua-dua ciri Touch’n’Go RFID dan PayDirect seperti yang dinyatakan dalam senarai di laman FAQ mereka.

FAQ TNG SOS Balance mengatakan lagi bahawa sekiranya baki SOS Balance ini tidak dibayar dalam tempoh 24 jam, ciri tersebut akan digantung dan ciri pembayaran dan pembelian dalam aplikasi akan dibekukan sehingga ia dibayar. Anda hanya perlu top up wang pada aplikasi tersebut, dan baki tersebut akan dibayar secara automatik.


0/komen