
Tindakan seorang warga emas berusia 70 tahun yang sanggup menggali tanah untuk membina sebuah kolam demi menggembirakan cucu kesayangannya mencuri perhatian.
Menerusi video ini, kelihatan lelaki berkenaan sedang menggali tanah sebagai tapak untuk membina kolam khas buat cucunya.
"Kau tengok ayah aku, umur sudah 70 tahun pun masih degil gali lubang.. katanya nak buat kolam untuk cucu.
“Ayah aku ini dulu cengey (garang) orangnya dengan anak-anak tapi dengan cucu lembut hati,” kata individu berkenaan.
Respect lah dah usia 70 tahun masih mantap bertenaga lagi salute lah!!! rezeki dari Allah jua syukur selalu.
Atuk is a good person (orang baik) Dia cipta memori dengan anak-anak cucu supaya mereka ada kenangan yang baik, indah bersama datuk dan nenek. Berbanggalah.
Atuk memang sengaja buat attractions (tarikan) supaya cucu balik kampung.
Pandai atuk ini cakap halus-halus, anak dan cucu pasti kalah, kalau dah siap ini tiada pilihan lain selain kena balik kampung juga.
Pandai Pak Cik ini buat pelaburan sebab pada masa yang sama anak-anak cucu menantu semua boleh balik jengukkan atuk.
Catat Ulasan