
TIADA seorang anak pun yang sanggup melihat ibu bapanya hidup susah mahupun dibebani masalah kewangan.
Seorang wanita berkongsi kisah mengenai bapanya yang meluahkan hasrat untuk membuat pinjaman kewangan di institusi perbankan.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa terkejut apabila nama peminjam adalah adiknya yang kini sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
"Ayah saya kahwin dua dan dia memang tinggal dengan isteri kedua sejak mendirikan rumah tangga tu.
"Isteri kedua buka kedai sarapan pagi, jadi ayah tukang buat roti canai di situ... tapi kedai mereka banyak masalah sehingga kerap meminjam.
"Baru-baru ini, ayah hubungi adik saya yang masih belajar, dia nak guna nama adik untuk buat refinance rumah isteri kedua supaya dapat duit untuk digunakan pada kedai makan mereka," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Menurut wanita ini, ayahnya cuba menggunakan nama anak hasil perkahwinan kedua.
Namun malangnya, had umur peminjam mestilah 18 tahun ke atas.
"Ayah cakap selepas adik tiri umur 18 tahun, dia akan tukar balik nama peminjam tu."
"Tapi adik saya tak setuju, ayah macam marah dan tawar hati dengan kami semua sebab tak mahu bantu dia bagi pinjam nama," luahnya yang tinggal di Johor Bahru.
Rajuk ayahnya itu membuatkan dia dan adik-beradik lain berada dalam dilema sama ada ingin membantu atau sebaliknya.
Bagi wanita ini, sebagai anak semestinya dia ingin membantu meringankan beban bapanya.
Namun pada masa sama, dia bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini di kemudian hari.
Tambahan pula mereka tinggal di negeri yang berbeza dan dia tidak pernah mengetahui siapa ibu tirinya.
"Ayah tak tinggal dengan kami, dia duduk dengan isteri kedua sejak mereka kahwin. Kami tak tahu langsung tentang isteri kedua ni macam mana.
"Kami tinggal di Johor Bahru, mereka tinggal di negeri lain," jelasnya lagi.
Ramai yang menasihatinya supaya tidak sewenang-wenangnya membiarkan nama sendiri digunakan untuk sebarang pinjaman bagi pihak orang lain meskipun keluarga sendiri.
Masalah kewangan ni kadang-kadang berpunca daripada ahli keluarga sendiri. Jangan buat apa-apa pinjaman atas nama anda untuk orang lain.
Tak perlu, biar bergaduh sekarang daripada bergaduh kemudian hari.
Jangan benarkan nama digunakan untuk buat pinjaman. Zaman sekarang macam-macam dah jadi. Lagipun dah tahu kedai makan tu ada masalah.
Catat Ulasan