
Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.
Cara-cara buang kerak di periuk, kuali
Bahan-bahan:
Kapur sirih
Periuk yang berkerak
Pisau
Berus dawai
Cara-cara:
- Ambil kapur makanan (yang digunakan untuk makan dengan sirih) dan sapukan pada kawasan yang kuali yang berkerak.
- Kemudian ambil kuali yang lebih besar dan masukkan kuali disapu sirih ke dalam kuali tersebut dan rebus ia. (Lagi lama lagi senang nak kikis kerak).
- Kemudian angkat ia dan boleh mula mengikis kerak yang sudah lembut dengan pisau.
- Bila dah tinggal sedikit sahaja kerak, maka gunakan berus dawai untuk melicinkan semula bahagian bawah kuali tersebut.
- Selamat mencuba!
Catat Ulasan