Mentua ‘Terkejut Beruk’ Jika Suami Meninggal


SETIAP pasangan suami isteri pasti ada cara tersendiri dalam menguruskan rumah tangga dan harta benda. 

Namun kisah wanita ini menarik perhatian selepas dia mendedahkan bahawa suami meletakkan semua aset atas namanya kerana bimbang dirinya ditindas jika sesuatu hal buruk berlaku.

Menerusi perkongsian wanita ini yang hanya ingin dikenali sebagai Ina, dia mendedahkan bahawa segala pembelian besar seperti rumah, kereta dan harta sepencarian diletakkan di bawah namanya.

"Suami saya kan, beli kereta ke rumah ke semua nak letak nama saya. Dia risau kalau dia dah tak ada (meninggal), famili dia rebut daripada saya. 

"Duit dia pun dia transfer (pindahkan) semua dekat saya, belanja sikit-sikit tu baru dia ambil. Mesti mak mentua aku terkejut beruk kalau tahu anak dia tak ada apa-apa, semua bagi isteri," ujarnya berseloroh.

Menurut Ina, suami mengambil langkah sedemikian memandangkan mereka tidak mempunyai cahaya mata.

Kata Ina, suaminya memikirkan segala macam kebarangkalian kerana bimbang dirinya akan dizalimi jika dia pergi dahulu.

"Ya, kami memang pengumpul emas. Emas pun semua bagi saya pegang. 'Penyondol' pun takut nak dekati dia sebab duit pun tak ada. 

"Dia tahu famili dia lain macam sikit. Lagipun ini usaha bersama, kami berniaga. Anak pula tak ada itu yang dia risau saya kena tindas bila dia tak ada," katanya lagi.

Tambah Ina, mereka kini bekerja bersama dalam sebuah syarikat sendiri dan segala bayaran termasuk rumah pun dibayar secara bersama.

Betul, ini cara untuk lelaki mengawal diri supaya tak melakukan benda bodoh. Nak buat apa-apa yang bodoh, mesti teringat balik, kalau cerai habis la sehelai sepinggang.
 

0/komen