
Seorang pelanggan di Thailand memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran sebelum menyedari restoran berkenaan terletak di hadapan rumahnya.
Penunggang penghantaran cuma perlu berjalan beberapa langkah di seberang jalan untuk menghantar pesanannya.
Ramai netizen berkata, ia adalah penghantaran makanan yang paling pantas.
Seorang netizen berkongsi pengalaman sama dengan menulis bahawa dia membuat tempahan kopi dari sebuah kedai yang terletak di sebelah rumahnya.
Seorang lagi netizen memberitahu bahawa pelanggan itu mungkin ingin ‘berkongsi rezeki’ dengan penghantar makanan.
Catat Ulasan