Selamba Tayang Pistol



Lagak ala samseng seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Proton Persona sambil mengacukan pistol mendapat perhatian pengguna di media sosial.

Ini kerana perbuatan tersebut seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Berdasarkan klip video ini, aksi pemandu tersebut dikatakan dirakam di sebuah kawasan di sekitar negeri Sarawak.

Dikhabarkan video ini dirakam di kawasan bangunan belia dan sukan berhampiran lampu isyarat Forda.Difahamkan juga elaki tersebut telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.


Apa motif dia tayang pistol kepada orang ramai? Samsengnya. Tapi betul ke itu pistol betul atau hanya pistol mainan?.

Tak peduli dia pistol betul atau mainan, ini mesti disiasat. Dah mengancam keamanan bandar Kuching.

0/komen