Akibat Kena Potong ‘Q’


Dua lelaki bergaduh di sebuah pasar raya akibat salah faham ketika beratur untuk menebus baucar keahlian.

Menerusi video ini memaparkan kedua-dua individu terbabit bergelut di hadapan kaunter pembayaran sambil diperhatikan pelanggan lain.


Difahamkan, pertelingkahan itu dipercayai bermula apabila lelaki berbaju hitam menuduh seorang lelaki berbaju merah jambu memotong barisan selepas kembali ke tempat asalnya sejurus berbincang dengan pekerja pasar raya berkenaan.

Pak cik baju ‘pink’ (merah jambu) asalnya berdiri di belakang seorang pelanggan lain, tetapi dia keluar sekejap dari barisan untuk tanya sesuatu kepada pekerja.

Apabila pak cik baju ‘pink’ (merah jambu) kembali, dia berbaris di depan pak cik baju hitam. Maka, pak cik baju hitam pun menuduhnya memotong barisan dan menegurnya untuk berbaris di belakang. Lalu, terjadinya pergaduhan.

Ramai menyifatkan salah faham itu berpunca daripada tindakan keluar barisan tanpa penjelasan jelas.

Sudah duduk dalam barisan, jangan lagi keluar barisan, boleh menimbulkan salah faham. Tapi kalau dijelaskan mungkin pergaduhan dapat dielakkan. Kalau dua-dua ego, gaduhlah kau dua orang.

Zaman sekarang banyak orang cepat sangat naik angin. ‘Small matter’ (masalah kecil) berbaris semulalah,siapa suruh keluar barisan.

Kenapa semua orang yang ada dekat situ tidak cuba hentikan pergaduhan itu? Korang semua bukan rakyat yang ada sivik bagus, maaf sangat cakap macam itu.

Sepatutnya anda semua leraikan pertengkaran mereka dengan memberitahu perkara yang sebenar, bukan tengok sahaja.

0/komen