Anggota Polis, Polis Trafik Bergaduh

 

Anggota polis dan polis trafik bergaduh ketika mereka mengadakan sekatan jalan di Pamekasan, wilayah Jawa Timur.

Sekatan (roadblock) itu dibuat di Jalan Trunojoyo, Isnin lalu.

Pertelingkahan secara lisan antara dua kumpulan itu berlaku di tengah jalan. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Pamekasan, AKP Sri Sugiarto berkata, seorang penunggang motosikal dikesan tidak mempunyai cermin sisi. 

“Apabila anggota polis cuba menahannya, penunggang terbabit memandu laju dan tidak berhenti. Anggota polis terbabit cuba menghalang tetapi tangannya terkena topi keledar penunggang itu."

“Dia dipercayai melaporkan kejadian itu kepada polis trafik dengan menuduh polis cuba melanggarnya."

“Polis segera memanggil penunggang tersebut dan anggota polis trafik untuk berbincang. Perkara itu sudah selesai dan pelaku mengakui kesilapannya,” tambah Sri. 

 

0/komen