
Aksi seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang mahir mengopek durian di gerai jualan milik bapanya mencuri tumpuan.
Menerusi video ini, kanak-kanak tersebut dilihat begitu cekap mengendalikan pisau tajam sambil membuka durian sebelum melayan pelanggan yang ingin membeli buah tersebut.
Lebih mencuri perhatian apabila dia turut menunjukkan isi durian kepada pelanggan, seolah-olah seperti seorang ‘tauke durian’ yang berpengalaman.
Budak lapan tahun pun dah jadi tauke durian.Ramai meluahkan rasa kagum dengan kemahiran kanak-kanak itu yang dianggap luar biasa bagi usianya.
Hebat kau dik…aku yang dah besar ni pun tak pandai buka kulit durian lagi.
Rasa bangga pula tengok, bukan semua kanak-kanak boleh buat macam ini. Dia belajar dari apa yang dia nampak.
Catat Ulasan