Panda Cabut Bulu Burung Merak


Seekor panda gergasi betina yang lahir di negara ini, Nuan Nuan ‘mengamuk’ di sebuah zoo .

Menerusi video ini, Nuan Nuan yang kini ditempatkan di sebuah zoo di China dilihat menyerang seekor burung merak yang berada di dalam sangkarnya.

Difahamkan, Nuan Nuan yang merupakan anak pasangan panda Feng Yi dan Fu Wa itu berang selepasa diprovok oleh burung merak berkenaan yang bebas bergerak di dalam zoo itu.



Tindakan Nuan Nuan mengejar burung tersebut dan mencabut bulunya turut mengejutkan pengunjung.

Pertama kali nampak panda garang.Selalunya tengok mereka baring sahaja.

Berani burung merak tu kacau, dia tak tahu ke Nuan Nuan lahir dekat Ampang?

Nuan Nuan dilahirkan di Zoo Negara pada 18 Ogos 2015 dan dipulangkan ke China pada tahun 2017.

0/komen