
Penduduk sebuah kampung di Seputih Mataram, wilayah Lampung gempar apabila kubur yang menempatkan jenazah seorang warga emas digali sehingga menampakkan kain kafan.
Penemuan itu dibuat pada Jumaat lalu .Kubur tersebut menempatkan jenazah warga emas dikenali sebagai Mbah Taryuni, yang berusia 89 tahun ketika meninggal dunia.
Kubur tersebut dilihat mempunyai kesan tanah digali dan berlubang sehingga menampakkan kain kafan berwarna putih.
Bahkan, papan kayu yang menutupi bahagian kepala jenazah turut dibuka.
Ketua Polis Lampung Tengah, Asisten Komisioner Kanan Alsyahendra, mengesahkan kejadian itu.
“Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan kini sedang mengumpul keterangan saksi,” kata Alsyahendra.
“Berdasarkan maklumat awal, polis menemui petunjuk bahawa tali kain kafan di kepala jenazah hilang, disyaki diambil oleh pelaku,” tambahnya.
Catat Ulasan