Bos Mafia Ditangkap Polis Ketika Tidur


Seorang ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali ditangkap dalam serbuan wakltu malam oleh polis selepas lima tahun dia melarikan diri.

Leonardo Gesualdo, 39, ditangkap ketika nyenyak tidur di atas katil pada Selasa lalu oleh unit khas pasukan polis tentera Itali, Carabinieri.

Rakaman video dramatik kamera badan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Itali menunjukkan pasukan polis lengkap bersenjata memasuki tempat persembunyiannya di Foggia, selatan Itali.


Bersama Gesualdo, polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru yang telah dipadamkan nombor sirinya.

Gesualdo ialah  anggota kanan kumpulan penjenayah terkenal kejam, Società Foggiana atau Mafia Foggiana yang beroperasi di seluruh selatan Itali.

Kumpulan itu dikaitkan dengan penyeludupan senjata, dadah dan manusia, selain aktif melakukan  rompakan bersenjata, pembunuhan serta pemerasan.

Malah, kumpulan itu turut mengenakan bayaran €50 (RM244) bagi setiap keranda daripada rumah pengebumian tempatan. 
 

0/komen