Gencatan Senjata Bermula


Pengganas zionis mengumumkan bahawa gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) atau 5 petang waktu Malaysia hari ini,  selepas mereka dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang dicadangkan Presiden Donald Trump.

“Perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pukul 12.00 tengah hari (waktu tempatan),” kata pengganas zionis dalam satu kenyataan.

“Sejak pukul 12, tentera kami mula berundur ke kawasan garis penempatan semula yang dikemas kini sebagai persediaan untuk perjanjian gencatan senjata dan pemulangan tebusan,” tambahnya.
 

0/komen