
Sekumpulan pemancing menangkap ikan ‘catfish’ gergasi sepanjang 2.92 meter di sebuah kolam takungan di Poland selepas bertarung lebih satu jam.
Kumpulan pemancing daripada Akademi Pancing Poland membuat tangkapan luar biasa itu di Takungan Rybnik, wilayah Silesia kelmarin.
“Untuk menaikkan ikan itu, kami mengambil masa lebih sejam."
“Apabila kami cuba melihat ikan apa yang terperangkap pada joran, kami terkejut kerana ikan itu bagaikan seekor raksasa,” kata salah seorang pemancing berkenaan, Krzysztof Pyra.
Kumpulan itu berjaya mencatatkan rekod dunia untuk spesies catfish terbesar yang ditangkap menggunakan joran.
Pencapaian mereka mengatasi pemegang rekod sebelumnya, Alessandro Biancardi dari Itali yang menangkap catfish sepanjang 2.85 meter.
Catat Ulasan