
Seorang juruterbang penerbangan United Airlines cedera dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas satu objek misteri menghentam cermin kokpit pesawat Boeing 737.
Kejadian berlaku ketika pesawat berada pada ketinggian 10,972 meter.
Tangan juruterbang itu berdarah dan lebam, beserta kecederaan yang konsisten dengan luka akibat serpihan kaca.
Kaca yang pecah turut berselerak di papan pemuka dan dalam kokpit, manakala yang lain menunjukkan kesan hangus di kawasan hentaman.
Hentaman itu mungkin disebabkan oleh serpihan angkasa atau meteor yang mengenai pesawat tersebut.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Denver ke Los Angeles itu terpaksa mendarat cemas di Bandar Salt Lake pada Khamis lalu.
Pihak pengurusan United Airlines berkata: “Kami telah mengaturkan sebuah kapal terbang lain untuk membawa penumpang ke Los Angeles pada hari yang sama, manakala pasukan penyelenggaraan kami berusaha untuk membaiki pesawat tersebut supaya dapat kembali beroperasi.”
Catat Ulasan