
Pengganas zionis membunuh sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin di Gaza semalam selepas melancarkan serangan ke seluruh wilayah itu sekali gus melanggar gencatan senjata.
Serangan itu berlaku selepas pengganas zionis mendakwa bahawa Hamas telah menyerang tenteranya di selatan Gaza yang diduduki Rejim Pengganas Zionis.
Hamas menafikan mendapat makluman tentang serangan tersebut dan menegaskan bahawa mereka tetap komited mematuhi syarat-syarat gencatan senjata.
Seorang pegawai Hamas menuduh Rejim Pengganas Zionis sedang mencari alasan untuk melancarkan semula peperangan di wilayah itu.
Sementara itu, sayap bersenjata kumpulan tersebut mengumumkan pada sebelah petang bahawa mereka telah menemukan mayat seorang lagi tebusan Israel dan akan menyerahkannya kepada Pengganas Rejim Zionis.
Perkara itu berlaku beberapa jam selepas Hamas menyerahkan dua lagi mayat tebusan warga Israel kelmarin.
Catat Ulasan