
Ketika Nabi Musa a.s. bersama Bani Israil dikejar oleh Firaun dan tenteranya, baginda sampai ke tepi Laut Merah. Di hadapan terbentang laut luas, di belakang pula musuh yang sedang mara. Namun, Nabi Musa tidak gentar. Dengan penuh keyakinan, baginda berkata sebagaimana dirakam dalam al-Qur’an:

“Tidak! Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku.” (Surah Asy-Syu‘ara’, 26:62)
Walaupun belum tahu bagaimana pertolongan itu akan datang, Nabi Musa tetap melangkah dengan iman dan tawakkal, lalu Allah memerintahkan baginda memukul laut dengan tongkatnya. Maka terbelahlah laut dan mereka selamat.
Inilah pelajaran penting buat kita: tawakkal bukan menunggu keajaiban tanpa usaha, tetapi terus melangkah dengan yakin bahawa Allah akan membuka jalan keluar yang tidak disangka-sangka.
Rasulullah ï·º bersabda:
"Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki; ia keluar pada waktu pagi dengan perut kosong dan pulang pada waktu petang dengan perut kenyang." (Riwayat al-Tirmizi, no. 2344)
Catat Ulasan