Fon telinga nirwayar Huawei FreeLace dilancarkan . Ia adalah fon telinga yang unik kerana wayar yang menyambungkan dua fon telinga boleh ditanggalkan untuk dicas terus pada mana-mana port USB-C. Huawei Malaysia mengesahkan FreeLace akan memasuki pasaran tempatan esok pada harga RM369 seutas.
FreeLace hanya dijual selepas tiga bulan seperti dijanjikan oleh Huawei Malaysia. Dengan sekali caj ia mampu beroperasi sehingga 18 jam manakala pengecasan selama 5 minit boleh membolehkannya beroperasi selama 4 jam. Bateri yang disertakan sebesar 120 mAh dan FreeLace turut mempunyai kemampuan kalis air IP5X.
Satu fungsi unik fon telinga ini ialah muzik akan terhenti apabila dua fon telinga dicantum secara magnetik. Apabila ditanggalkan muzik akan bersambung semula dari tempat ia dijedakan. Format bluetooth 5.0 yang terkini disokong.
Catat Ulasan