Peranti Android Kini Boleh Dijadikan Sebagai Kunci Keselamatan


Akaun-akaun media sosial pada zaman ini adalah satu identiti penting bagi sesetengah individu. Jika dapat digodam, penggodam boleh menyalahgunakan akaun mangsa dan menyamar untuk lakukan perkara-perkara keji. 

Sistem pengesahan dwi-faktor ini akan meminta kod dari SMS, menekan ‘Yes’ pada peranti, mengisi nombor terpapar, kod sandaran atau juga menggunakan kunci keselamatan fizikal untuk log masuk ke akaun Google. Paling selamat sudah pasti adalah kunci keselamatan fizikal ini, di mana Google gelar Titan Security Key dan ia dijual pada tanda harga yang agak mahal.


Oleh itu, Google telah temui satu alternatif baru – di mana peranti Android pengguna adalah kunci keselamatan fizikal. Melalui ini, log masuk akaun Google – pengguna tidak lagi perlu membawa kunci keselamatan fizikal ke mana sahaj, kerana ia sudah terbina dalam peranti milik pengguna. Fungsi ini hanya boleh digunakan apabila Bluetooth pada keda-dua peranti telah diaktifkan.

0/komen