Space X Berjaya Melancarkan Manusia Ke Angkasa



SpaceX hari ini mencipta sejarah dengan berjaya membuat pelancaran ke angkasa yang menyertakan manusia bersama-sama. Malah, pelancaran ini juga dilihat membuatkan Amerika Syarikat berbangga kembali dengan misi ke angkasa, memandangkan tiada pelancaran yang berlaku di tanah tersebut sejak 2011 yang lepas – dan sering dilakukan melalui Russia.

Melalui misi yang dinamakan sebagai SpaceX Demo-2 ini, ia membawa dua orang angkaswan Nasa ke stesen angkasa lepas. Pihak SpaceX menggunakan gabungan roket Falcon-9 bersama-sama kapsul Crew Dragon untuk membawa dua orang angkawasan ini.

Sebelum ini, SpaceX pernah membuat penghantaran kargo beberapa kali ke angkasa, tetapi ini adalah kali pertama mereka berjaya menghantar manusia. Kejayaan ini dicatatkan selepas misi ini ditangguhkan sebelum ini kerana keadaan cuaca yang tidak baik pada hari Rabu lepas.



Dengan kejayaan ini, kita akan dapat melihat penerbangan yang lebih kerap ke stesen angkasa lepas membawa manusia dilakukan oleh SpaceX kelak pada tahun ini – sebelum memperluaskannya ke misi-misi yang lain sekitar penjelajahan angkasa membawa manusia.

0/komen