Crew Dragon Berjaya Berlabuh Ke Stesen Angkasa


Semalam misi Demo-2 telah berjaya dilancarkan selepas terpaksa dibatalkan beberapa sebelum itu kerana masalah cuaca. Ia adalah misi bersejarah kerana buat kali pertamanya angkasawan dihantar ke angkasa lepas menggunakan roket buatan syarikat swasta sepenuhnya dan NASA menghantar angkasawan menggunakan sistem tempatan sejak 2011. Awal pagi tadi ia mencatatkan satu lagi sejarah selepas kapsul Crew Dragon berjaya berlabuh ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan selamat.

Crew Dragon berjaya dilabuhkan hampir sehari selepas ia dilancarkan di atas roket Falcon 9 dari Cape Canaveral Florida awal pada Ahad lalu. Ia kini adalah kapsul pertama buatan swasta yang berjaya berlabuh ke ISS. Ini hanyalah langkah kedua dari tiga langkah utama yang akan mengesahkan kejayaan Crew Dragon.

Langkah terakhir ialah kemampuannya membawa pulang angkasawan Douglas Hurley adan Robert Behnken kembali ke bumi kelak. Pada waktu ini masih tidak diketahui selama manakah kedua-dua angkasawan ini akan bertugas di ISS.

Yang pasti dalam masa 18 tahun, SpaceX berjaya merealisasikan impian mereka untuk menghantar manusia ke angkasa lepas dan kini akan bersaing pula untuk memenangi kontrak Misi Artemis ke permukaan bulan menjelang 2024.


0/komen