Predator Helios 700



Predator Helios 700 ialah model komputer riba gaming yang telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada Oktober tahun lepas. Pada waktu tersebut, ia boleh dikatakan bahawa komputer riba ini adalah model paling berkuasa keluaran mereka.

Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Helios 700 tersebut telah dikemaskini dengan pilihan CPU Intel generasi kesepuluh terbaru dan juga pilihan kad grafik NVIDIA yang terkini.




Ini termasuklah pilihan CPU Intel Core i7-10875H ataupun Intel Core i9-10980HK. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan memori DDR4 sebanyak 16GB, dimana satu model mempunyai storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB dan satu cakera keras 1TB, manakala satu lagi model dilengkapi dua storan SSD NVMe PCIe 512GB.

Dari segi pilihan GPU, Predator Helios 700 ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super ataupun NVIDIA GeForce RTX 2080 Super. Komputer riba ini mengekalkan penggunaan paparan 17.3 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz dengan sokongan untuk NVIDIA G-SYNC.


Sistem penyejukan komputer riba ini juga telah dikemaskini dengan sistem penyejukan Power Gem yang mempercepatkan pengaliran haba daripada CPU dan cip grafik ke paip-paip haba yang kemudiannya akan dialirkan keluar menggunakan kipas AeroBlade generasi keempat.

Pra-tempah komputer riba gaming Predator Helios 700 sudahpun dibuka melalui laman web Acer Malaysia dan hadir dengan dua konfigurasi:




0/komen