Samsung Galaxy M31s



Samsung kini dilihat memperluaskan lagi penawaran barisan siri Galaxy M mereka dengan memperkenalkan Samsung Galaxy M31s. Telefon pintar ini merupakan pengganti kepada Samsung Galaxy M31 yang dilancarkan pada Februari 2020 lalu.

Samsung Galaxy M31s membawakan paparan bersaiz 6.5-inci FHD+ Super AMOLED Infinity-O. Untuk spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh pemproses Exynos 9611 lapan-teras dengan kelajuan sehingga 2.3GHz dan dibantu memori sehingga 8GB RAM serta storan 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan grafik GPU Mali-G72 MP3.

Untuk kamera, peranti ini dilengkapi tiga lensa utama dengan gabungan 64-Megapixel Sony IMX682 (f/1.8) (utama) + 12-Megapixel (f/2.2) (sudut-lebar) + 5-Megapixel (kedalaman) + 5-Megapixel (Makro) diikuti dengan kamera swafoto 32-Megapixel. Kamera turut hadir dengan fungsi Single Take yang selama ini adalah eksklusif pada peranti mercu seperti Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip.

Samsung Galaxy M31s juga hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W melalui port USB-C. Samsung Galaxy M31s tersedia dalam pilihan dua warna – Mirage Black dan Mirage Blue. Peranti ini ditawarkan pada harga bermula Rs. 19,499 (~RM1,104). Buat masa ini, telefon pintar ini hanya diumumkan di India sahaja.

0/komen