Belasungkawa Dan Al-Fatihah...Abdul Muluk Daud (1947-2009) / Tok Awang Ngah.




Buat peminat misteri alam ghaib.

Terlebih dahulu aku mohon maaf andai post ringkas ini menyinggung perasaan mana2 pihak.

Abdul Muluk Daud (1947-2009) mesra di sebut Pak Dharma, bernama pena Dharmala NS dikerana asal kelahirannya di Kampung Bachang,mantin Negeri Sembilan. Lebih dikenali umum sebagai  penulis cerpen,novel puisi dan yang berkaitan medan sastera dan penulisan.

Di sisi lain sebenarnya banyak karya2 beliau yang tidak diwartakan atas nama beliau atas pmintaan dan kehendak peribadi. Karya2 berunsur mistik dan misteri.
Tok Awang Ngah.

Hanya segelintir komuniti yang mgenali sosok peribadi. Karya2 beliau yang dulunya murah dan mudah dapati (Rm3 - Rm5) kini mencecah puluhan hingga ratusan ringgit bidaan tertinggi.

Karya mistik yang diadunkan dengan pengalaman,berserta hadis dan ayat2 al quran. Penulisan yg agak berat bagi kefahaman awam dan tidak sealiran. Terlalu banyak sejarah setempat,tokoh ilmuan atau pahlawan yg tidak pernah kita dengar dan ditulis ceritakan kepada awam dizahirkn beliau di medan penulisan.

Percaya atau tidak tergantung kepada individu di suasana pengalaman dan tahap kefahaman. Apa pun setiap cerita dan pengalaman yang diwajah rupakan wajar untuk di renungkan.




Dharmala NS Dimasukan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

Dharmala NS meninggal dunia


Karya2 berunsur mistik dan misteri beliau dalam blog ini...

Jilid 17 Bab 1 Ular dalam Kubur wanita

hingga

Jilid 25  Bab  98 Bertemu Puteri Bunian



0/komen