Kerajaan UK Mengharamkan Pemasangan Kelengkapan 5G Huawei


Kerajaan UK nampaknya sedang rancak merombak pelan pemasangan kelengkapan telekomunikasi 5G mereka kebelakangan ini. Selepas mengharamkan pembelian kelengkapan Huawei bermula awal tahun hadapan, mereka juga telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan kelengkapan Huawei secara sepenuhnya menjelang 2027.

Kerajaan tersebut tekad dalam membasmi kelengkapan Huawei daripada tanahair mereka, dan kini mengatakan pemasangan kelengkapan gergasi telekomunikasi China tersebut tidak lagi dibenarkan selepas September 2021.

Ini nampaknya akan menyukarkan keadaan lagi buat syarikat-syarikat telekomunikasi di negara tersebut, kerana banyak daripada mereka yang telahpun membeli kelengkapan tersebut kerana kualiti dan juga tanda harga yang sangat kompetitif.

Walaupun begitu, kerajaan UK juga telahpun menyatakan bahawa mereka akan melaburkan wang sebanyak RM1.3 bilion untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Huawei. Ia akan bekerjasama dengan pelbagai syarikat kelengkapan telekomunikasi yang lain untuk membangunkan solusi yang mampu-milik.

Pengharaman kelengkapan Huawei oleh UK dikatakan adalah selari dengan keputusan kerajaan Amerika Syarikat yang mengatakan kelengkapan Huawei mempunyai risiko keselamatan yang tinggi dimana data yang dihantar melalui kelengkapan tersebut boleh dipintas oleh badan sulit kerajaan China.
 

0/komen